Kisah Negeri Atlantis yang Hilang dan Kisah Nabi Khizba yang Diusir
Kisah Negeri Atlantis yang hilang dan Kisah Nabi Khizba yang diusir. Sumber dari Nabi Khidir a.s ditulis kembali oleh Ahmad.
Awal mula kerajaan di tanah Nusantara adalah merupakan dari Bangsa Melayu yang sudah ada sejak zaman dahulu (mengikut sejarah Kudungga sampai Mulawarman). Dan kerajaan Islam sudah ada dimulai dari tanah Borneo, Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Pulau Sulawesi (anak cucu Nabi Nuh a.s) dahulu yang belum diberikan nama. Kerana masih ada satu pulau sebelum terpecah-pecah disebabkan bencana yang di datangkan Allah sebagai azab dan hukuman di zaman Nabi Khizba.
Kerajaan Islam sudah sejak zaman anak cucu Nabi Nuh ada di tanah Nusantara sebelum Kudungga. Dimana sekarang sejarah tersebut telah di rosakkan oleh puak Syi'ah iaitu sejarah 'Bani Taim' di kaitkan dengan 'Bani Tamim'. Padahal kedua kaum ini adalah sangat berbeza. 'Bani Taim' berasal dari suku Quraisy di Mekah, sedangkan 'Bani Tamim' adalah penguasa Arkhabil (Nusantara) dari keturunan Nabi Nuh. Dan di tanah Nusantara terdapat seorang Nabi yang telah di utus sebelum zaman Nabi Nuh a.s, yang penduduk Tamim (Nusantara pada di zaman itu) sangat tinggi peradabannya, sangat berani dan kuat walaupun tubuhnya tidaklah tinggi.
Hingga akhirnya Nabi di Arkhabil (keturunan Nabi Syits a.s) dan pengikutnya diperintahkan Allah untuk menjauhi tanah Arkhabil karana mendapat tentangan dari pemerintah.
Sejarah tentang Nabi Khizba yang telah di usir dari Negeri Atlantis (Khishba).
Nabi Khizba adalah seorang lelaki yang dipilih oleh Allah sebelum Nabi Nuh di utus. Khizba juga adalah julukan atau gelaran kepada seseorang yang mahir dalam pembinaan gedung-gedung, pertanian, aliran sungai dan dalam pelbagai bidang perniagaan. Namun ia (Nabi Khizba) dan pengikutnya telah di khianati hingga dipaksa mereka untuk membuat rakit yang besar lalu diusir ke tengah lautan sebagai tempat bergantung hidup dan berteduh. Mereka diusir selama beratus-ratus tahun. Akan tetapi dengan kuasa Allah, yang diusir itu sebenarnya telah Allah selamatkan dari azab kerana negeri Khizba telah di tenggelamkan dengan berlaku gegaran yang dashyat. Seluruh bangunan dan kota di Negeri Atlantis telah lenyap serta tenggelam disebabkan hukuman dari Allah di atas perbuatan mereka.
Dan negeri Atlantis kembali dimunculkan setelah surutnya banjir di dalam peristiwa banjir besar Nabi Nuh. Yang akhirnya negeri itu diberikan nama 'Arkhabil' atau tanah 'Nusantara'. Mereka semuanya hidup damai dengan bahasa Melayu Kuno.
Cerita ini ada disebutkan di dalam Al-Quran iaitu :
"Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri, sebelum Dia mengutus seorang Rasul di ibu kotanya yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Tidak pernah (pula) Kami membinasakan (penduduk) negeri-negeri, kecuali penduduknya dalam keadaan zalim." (QS Al-Qasas: 59)
Ahmad F. bin Abdullah Alwie Syam