42. Talbis Iblis

   
42. Talbis Iblis

42. Talbis Iblis



Kitab : Al-Jawahir Al Makhfiyyah

Judul : Talbis Iblis

Disusun oleh : Mohammad Amri Yusof     

Ditulis oleh : Sallehudin Bin Sufi

Dikarang oleh : Ahmad Fahmi Hadiid Syams Al Makhfiy


Pelbagai jenis talbis iblis (tipuan iblis) pada manusia :

  1. Pertama, mendorong manusia memahami Quran dan hadis nabi mengikut kefahaman yang salah. Contohnya, Quran yang menerangkan azab neraka, siksa kubur, riba dan ghibah. Ayat Quran yang dibaca, ditiupkan iblis dengan tiupan kesombongan dalam hati manusia, untuk berfikir bahawa ayat Quran itu untuk orang lain. Sedangkan ayat-ayat itu tidak memberi bekas di hati sendiri bahkan merasa aman perihal siksa kubur dan neraka. Begitu juga, tentang hadis Rasulullah. Sewajarnya menjadi penguat iman, agar manusia mampu mengikuti Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah sebagai benteng terkuat dalam menghadapi tipu daya iblis (TALBIS dan ghururnya iblis). Akhlak Rasulullah adalah pantulan dari segala isi Quran yang dapat dilihat pada diri baginda. Hasilnya baginda dapat menghidupkan jutaan hati manusia yang telah mati dan rosak, dengan sentuhan "akhlak mulia". Kerana Rasulullah tidak berbuat sekehendak hati melainkan atas dasar wahyu. Sesiapa yang mengikuti jejak Rasulullah walau sekecil sunnah baginda, maka akan menjadi manusia yang terbaik. Manusia yang lahir hakikatnya adalah yang terbaik dan terpilih. Lihatlah bagaimana jutaan sel sperma berjuang, namun hanya satu terpilih memasuki ovum di dalam rahim perempuan untuk disenyawakan.
  2. Kedua, Iblis juga berusaha membuat manusia suka menghadiri tempat pemujaan kubur dan tempat keramat. Antara gerak kerja syaitan, setiap lepas asar menjelang malam jumaat, syaitan-syaitan (9 zuriat keturunan iblis ) saling tolong-menolong dengan manusia yang bergelar dukun, bomoh, dan tukang ramal. Semasa mereka berzikir dengan khusyu', mereka mudah mendapat pelbagai pesanan dan nasihat baik (hakikatnya buruk), mereka didatangi sosok syaitan berupa wali dan orang yang telah lama meninggal. Walhal, syaitanlah yang bersiap sedia mengganggu dengan pelbagai bisikan saat mengalami perasaan "antara mengantuk dan jaga". Pada waktu inilah iblis memberi nasihat yang hakikatnya adalah tipuan semata.
  3. Ketiga, Iblis membuatkan kita salah faham mengguna kalimah mengikut situasi yang betul. Contohnya, "innalillahi wainna ilaihirojiun". Kalimah ini sesuai digunakan untuk setiap musibah buruk yang berlaku, bukan hanya sekadar kematian. Contoh lain, apabila berbicara tentang takdir yang buruk, kita biasa menggunakan kalimah "na'uzu billahi minzalik" (kami berlindung dengan Allah daripada hal buruk itu), sedangkan kalimah yang lebih sesuai ialah "masya-Allah kaana, wama lam yasha lam yakun" (Apa yang dikehendaki Allah telah terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi). Terdapat pengalamam seorang hamba Allah, yang ingin menuju ke tempat yang sangat mistik dan seram. Namun pada waktu tersebut beliau sakit, maka sehari sebelum pergi, beliau berpuasa untuk memulihkan kesihatan. Tiba tiba dalam mimpi, ada suara yang memuji dan mengatakan Allah akan menyelamatkan dirimu, tidak perlu puasa dan solat dulu, pergilah segera ke tempat itu. Maknanya syaitan mendorong rasa sombong dan rasa dah paling baik dari orang lain. Dan di dorong rasa sombong dengan amalan amalan (awrad) yang telah dihafalnya. Dan akhirnya beliau teringat ajaran gurunya, agar tetap Istiqomah dalam tawadhu', sabar, dan wara'. Tidak mungkin seseorang mampu melawan syaitan jika di hatinya masih ada kesombongan, HUBBUDDUNIA dan amarah. Dan memang selalu terjadi godaan iblis yang sama kepada para Tabi'ien, para Shalihien, Ulama dan para Waliyullah semasa mereka remaja. Kalau kita membuka sejarah para wali dan para Ulama yang hebat, pastilah masa muda mereka, banyak godaan dan ujian yang datang dari pujuk rayu syaitan dan syahwat. Bahkan godaan datang dari orang orang kafir.

Diperbarui
Tambahkan Komentar

Translate

Pengunjung