Kitab : Al-Jawahir Al Makhfiyyah
Judul : Ruqyah Kerasukan Jin Namun Merosakkan Akal Kesedaran
Disusun oleh : Mohammad Amri Yusof
Ditulis oleh : Sallehudin Bin Sufi
Dikarang oleh : Ahmad Fahmi Hadiid Syams Al Makhfiy
Wilayah kesadaran manusia adalah bagian yang paling utama yang harus mendapatkan perhatian dan penjagaan dengan bersungguh-sungguh. Itu adalah anugerah Tuhan yang paling utama bagi manusia yang tidak seharusnya dipertaruhkan dengan sesuatu yang belum pasti. Lebih-lebih lagi dengan alasan yang dibuat-buat dan ditakut-takuti dengan tidak masuk akal. Yang pasti adalah kesedaran itu. Contoh mudahnya, apabila dirasakan sihat, ya bererti sihat dan tidak ada jin di dalamnya. Jangan kerana sekadar sering kentut dan susah tidur, kemudian menganggap di dalam tubuhnya ada jin menyalahkan kepada jin. Sehingga berlebihan menyebabkan hilang ingatan karena kerasukan jin seperti orang gila walau hanya sebentar. Itulah kesalahan dan kejahilan.
Sepatutnya, manusia di dalam keadaan bagaimanapun haruslah tetap dapat berdzikir atau ingat kepada Allah : ”Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat” (QS.An-Nur/37), Kemudian bersyukur atas segala anugerah dan kenikmatan yang telah diturunkan kepada-nya. Dengan zikir dan syukur itu bererti manusia dapat melaksanakan pengabdian yang hakiki. Itulah jalan-jalan utama yang menjadi sasaran setan untuk dihalangi. Untuk itu manusia harus selalu menjaga kesadarannya.
Dalam Ruqyah, yang menjadi permasalahan di dalam pelaksanaannya, ketika orang yang asalnya sedar, hanya khuatir ada jin di dalam tubuhnya, dengan tanda-tanda yang kesannya dibuat-buat sebagaimana yang mereka ajarkan. Maka kesadarannya dipertaruhkan. Mereka minta diruqyah, ketika diruqyah, mereka menjadi tidak sadar bahkan sampai muntah-muntah dan kencing di tempat itu. Mengapa situasi itu dikatakan mengeluarkan jin dari tubuh manusia?. Seharusnya yang dikatakan mengeluarkan jin itu, mengeluarkan jin dari wilayah kesedaran manusia yang sudah terlanjur dikuasai oleh jin. Iaitu ketika manusia sedang kerasukan makhluk jin dan dibacakan ayat-ayat suci al Qur‘an kemudian menjadi sedar semula. Bukan sebaliknya, dengan bacaan ayat-ayat suci al Qur'an orang yang asalnya sedar malah menjadi tidak sedar.
Barangkali kerana banyak yang kurang memahami, sesungguhnya makhluk jin dapat bebas keluar masuk ke dalam tubuh manusia melalui jalan darahnya, baik untuk sekadar memberi informasi mahupun mengadakan tipudaya kepada manusia. Bahkan langsung melalui hatinya. Jin boleh tinggal di dalam lubang hidung manusia, itupun sekadar untuk beristirahat. (ada dalilnya insya Allah).
Kawasan yang tidak dapat dimasuki jin kerana memang dijaga oleh Allah adalah “wilayah kesadaran” manusia. Allah menjaga wilayah kesadaran itu supaya manusia sebagai makhluk yang paling dimuliakan, tidak dapat dikuasai jin melalui kesedarannya. Hal tersebut agar manusia dapat menjalankan pilihan hidupnya dengan sedar. Melaksanakan hak “Hurriyatul Irodah” atau kebebasan memilih dan menentukan jalan hidup dengan kesedaran penuh, bukan dengan kesedaran yang dijajah oleh siapapun. Kerana dengan itu, kelak manusia akan dipertanggungjawabkan segala perbuatannya.
Jadi, seharusnya orang yang tidak sedarkan diri bila diruqyah menjadi sedar, bukan sebaliknya. Begitu juga orang yang sedang sakit akibat ganguan jin bila diruqyah menjadi sembuh, bukan yang sembuh malah menjadi terluka akibat tusukan jin pada wilayah kesedarannya yang bahkan kadang-kadang boleh mengakibatkan sakit yang berpanjangan. Untuk itu kita renungkan lagi tentang kegiatan yang mereka katakan ruqyah itu. Bukankah yang diruqyah adalah orang yang sedar kemudian menjadi tidak sedar? Ketika tidak sedar, peruqyah tersebut bersusah-susah mengeluarkan jin yang telah menguasai kesedaran. Kalau yang asalnya sedar kemudian menjadi tidak sedar dan disedarkan lagi, bukankah yang demikian itu berarti memasukkan dan tidak mengeluarkan?
Inilah pokok pembahasan yang paling utama. Dengan pelaksanaan itu hakikatnya manusia telah mengundang jin untuk menguasai wilayah kesedarannya. Manusia tanpa sedar telah melukai alat atau sarana tunjang kehidupannya yang paling asas iaitu akal. Kerana tanpa akal manusia menjadi gila. Akibat perbuatan itu, jin mudah menguasai kesedaran manusia itu kembali lagi, terutama ketika pikiran mereka sedang tidak mampu menanggung beban berat. Luka pada wilayah kesedaran akibat kerasukan jin, akan memberi kesan untuk selama-lamanya.
Orang tersebut akan menjadi hilang ingatan atau gila walaupun hanya sebentar dalam hidupnya. Siapapun yang menyaksikan hal tersebut harus segera sedar bahwa yang demikian itu adalah aib besar bagi kesucian asal usul silsilah atau kesucian nama baik keturunan. Siapa yang tidak malu menjadi keturunan orang yang pernah gila atau pernah hilang ingatannya? Ibarat gelas kaca ketika sudah pecah, sesempurna apapun orang dapat menyambungnya, bekas pecah itu selamanya akan tetap kelihatan. Demikian pula wilayah kesedaran manusia, luka itu akan membekas untuk selama-lamanya.
Akibat yang paling berbahaya, ketika suatu saat manusia terpaksa menanggung beban kehidupan yang agak berat, menghadapi musibah misalnya, sehingga orang tersebut harus mengerah akal untuk mencari solusi. Oleh kerana dahulu wilayah rasional/kesedarannya itu pernah terluka, maka akan kembali luka lagi, menjadi stres atau paling tidak kekuatan daya tahannya menjadi lemah. Kalau terjadi kerana sengaja, bererti manusia dengan sengaja telah merosakkan diri sendiri dan kesucian keturunannya.
Paling teruk adalah dengan mempergunakan ayat-ayat suci Al-Qur‘an al-Karim secara salah. Sepatutnya ia ubat untuk menyembuhkan sakit manusia, tidak hanya menyembuhkan kesedarannya bahkan juga hatinya. Ini berlaku apabila ayat al Quran dibaca bukan semata melaksanakan bentuk pengabdian yang hakiki kepada Allah, bahkan dengan sengaja sebagai persiapan secaral mengarah kepada dimensi jin, atau bertawajuh kepada dimensi jin. Maka dengan amal perbuatan tersebut manusia terjebak kepada kemahuan emosional (nafsu syahwat) yang wilayah-wilayahnya di dalam jiwa manusia sangat berdekatan dengan wilayah dimensi jin.
Dengan konsentrasi tersebut ketika batas-batas ruang wilayah rasional semakin terdesak oleh dorongan emosional, keadaan manusia sedar dan tidak sedar, saat itu manusia benar-benar telah mendekati wilayah dimensi jin. Artinya dengan kekuatan emosionalnya sendiri manusia telah membuka benteng pertahanan rasionalnya mengundang jin untuk menguasai jiwa raganya melalui wilayah kesedaran tersebut. Ini adalah urusan yang samar dan halus yang jarang difahami kecuali orang yang ahli mujahadah dan riadah di jalan Allah atau juga disebut orang yang melalui perjalanan kerohanian.
Dengan pengembaraan ruhaniyah itu bererti manusia sedang mengadakan perjalanan keluar masuk antara dua alam berbeza dalam jiwanya sendiri, iaitu alam lahir dan alam batin. Sempadan antara dua alam itulah kedudukan alam jin berada. Oleh karena itu, tanpa bimbingan mursyid ahlinya, jiwa para pengembara walau menggunakan ayat ruqyah, sebahagian besar dikuasai jin, kerana jiwa yang lemah itu tersesat di alam jin.
Hati-hati dengan peruqyah yang memasukkan jin ke dalam jasad manusia, sebab tipuan syaitan tertuju dua orang sebagai targetnya, iaitu pesakit dan peruqyah. Dikisahkan datang seorang murid berjumpa Syeikh lalu bertanya: "Wahai syeikh, aku ini sering diganggu jin, walaupun aku mengaji dan meruqyah, ia akan pergi dariku tapi sementara dan akan kembali menggangguku, apa yang harus aku lakukan? Lalu Syeikh itu menjawab: "Seekor lalat itu apabila datang mengganggu, engkau boleh menghalaunya, tapi apabila ia sering mengganggumu bermakna ada kotoran bersamamu. Daripada engkau sibuk menghalau lalat itu lebih baik engkau bersihkan kotoran yang ada padamu. Nescaya lalat itu takkan menghampirimu."
Tapi ingat kotoran najis itu ada 2 jenis iaitu najis Hukmi dan najis `ain (najis tahi dan najis sifat tercela diri seperti riya’). Fahami juga hakikat air pada penciptaan Adam as yang menjadi penghalang iblis dan dzuriyyahnya (wudhu). Dan yang terkuat dalam memutusnya adalah :
،قَطَعَ القَلْبُ مِنْ يَدِ الشَّيْطَانِ
،مَعَ اللَّهِ فِي القَلْبِ مُضِيْ َءةٌ
،اللَّهُ يَرْضَى عَمَّنْ عَرَّفَ نَفْسَهُ بِالْإِيْمَانِ وَالْإِحْسَانِ
".لَمْ يَكُنْ شَيْئًا قَبْلَهُ، وَلَمْ يَكُنْ شَيْئًا بَعْدَهُ، إِلَّا اللَّهَ
Erti:
Putuskan hati dari hasutan syaitan,
Dengan mengingati Allah hati akan bersinar,
"Allah meredhai orang yang mengenal dirinya dengan iman dan amal soleh.
Tidak ada sesuatu sebelum Dia, dan tidak ada sesuatu sesudah Dia, kecuali Allah.