Tentang Risalah Langit, Majelis As-Syariun, Makna Panji Rasulullah

   
Tentang Risalah Langit, Majelis As-Syariun, Makna Panji Rasulullah

Tentang Risalah Langit, Majelis As-Syariun, Makna Panji Rasulullah

 



Risalah Langit merupakan media informasi untuk memberitakan Khabar Langit yang disampaikan oleh Nabiullah Khidr A.S kepada hamba Allah S.W.T, Ahmad Al-Makhfiy untuk Umat Akhir Zaman.

BACALAH! dengan nama Rabbmu yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.



مجليس سفينة الشريعون ارخبيل راي



#Tentang Majelis As-Syariun

As Syariun adalah merupakan sebuah majlis agama & sosial sekitar nusantara gabungan 4 negara terdiri daripada 

  1. Malaysia, 
  2. Indonesia, 
  3. Singapore 
  4. dan Brunei. 
Di dalam majelis, kita tidak mengajarkan agama baru. Melainkan meluruskan akidah dan akhlak yang semakin dianggap remeh di akhir zaman. Di mana, banyaknya umat akhir zaman terlalu memikirkan tentang 'syariat', amaliyyah yang sudah sempurna hingga berlaku perdebatan hingga  hilang adab dan fitnah menfitnah di antara satu sama lain. Hingga menyebabkan perpecahan di kalangan ummat dan menguntungkan kaum-kaum yang ingin menjatuhkan islam.


Untuk menyertai majelis As-syariun haruslah mendaftar sebagai ahli, dan perlu faham dengan syarat-syarat yang ditetapkan melalui pegawai yang dilantik khusus oleh Majelis sebagai tanda kesetiaan dan kejujuran pada mereka yang ingin menyertai.


Sebarang persoalan dan pertanyaan bolehlah menghubungi di akaun tiktok. 

( klik Disini )


#Memahami Perjalanan Aktiviti As-Syariun Ahmad Al-Makhfiy

  1. Muarrifat: bijaksana mengambil pelajaran, suka bertanya. Contoh: menilai kesesuaian memilih mazhab, tarekat dan sewaktu dengannya. Makrifat: mengenal Allah dan sifat-sifat Nya.
  2. Nasihat perlu lihat kesesuaian. Jangan nasihat dulu orang yang sedang marah, jangan nasihat dulu orang yang tengah lapar, jangan nasihat dulu orang yang dalam keletihan kelelahan, jangan menasihati orang yang sedang mabuk (mabuk khamr), dan jangan menasihati orang yang mengantuk (antara tidur dan jaga).  Nasihat tanpa melihat situasi menjahanamkan keadaan yg sudah buruk.
  3. Pendidikan di assyariun disingkatkan dari pelbagai pelajaran subjek agama, yang di mudahkan untuk difahami oleh generasi baharu. contoh: kitab akhlak banyak, kitab hadis banyak, diringkaskan kepada kitab Al-Jawahir Al Makhfiyyah demi memudahkan generasi "memahami diri" mengikuti ajaran islam sebenarnya.
  4. Assyariun: Sebuah kumpulan yang di jana oleh nabi Khidir menghasilkan pelbagai kepakaran seperti kepakaran perubatan, pertahanan, ekonomi, pendidikan, (wali²) tauhid, dll sebagai persediaan menyelamatkan umat akhir zaman.



#Makna Panji Rasulullah As-Syariun 

  1. Kalimah Tauhid
  2. Pedang bersandar atas huruf Alif ( membawa ketajaman akhlaqul karimah )
  3. Alif Lam MimAl-quran Li Muhammad wa Ummati )
  4. As-Syariun ( orang yang menjalankan hukum Allah SWT )
  5. Jalan menuju Cahaya Allah dan RosulNya










Diperbarui
Tambahkan Komentar

Translate

Pengunjung