Mengapa Tergelincirnya Adam Diampuni, Tergelincirnya Iblis Tidak Diampuni ?

   
Mengapa Tergelincirnya Adam Diampuni, Tergelincirnya Iblis Tidak Diampuni ?

Mengapa Tergelincirnya Adam Diampuni, Tergelincirnya Iblis Tidak Diampuni ?

gambar hanya sebagai ilustrasi, dibuat menggunakan ai copilot


Mengapa Tergelincirnya Adam Diampuni, Tergelincirnya Iblis Tidak Diampuni ?


Adam di ampuni karana dosanya berkaitan syahwat dan keinginannya memakan buah larangan di dalam syurga. Namun iblis tidak diampuni dosanya, kerana memiliki rasa besar diri dan sombong. Dia berjawatan sebagai ketua malaikat dan menganggap dirinya lebih tahu dari yang lain.


Allah membuat tawaran taubat pada Adam, Hawa termasuk iblis. Karana mereka bertiga telah melakukan kesalahan. 

  1. Kesalahan Adam dan Hawa kerana menghampiri dan memakan buah larangan Allah di dalam syurga. Kesalahan mereka adalah berkait syahwat keinginan yang didorong oleh iblis. Setelah Hawa berkali di datangi dan dibujuk oleh iblis untuk melakukan hal tersebut, Hawa akhirnya berjaya membujuk Adam untuk melanggar larangan itu.
  2. Kesalahan iblis pula karana enggan sujud hormat kepada kejadian Adam a.s yang akan menjadi khalifah dibumi menggantikan bangsa jin yang telah berbuat kerosakan sebelumnya. Dosa iblis disini kerana memilik sombong dan besar diri dalam hatinya. Lalu iblis ingkar, terus Allah tukarkan rupa iblis yang berkilau indah kemerahan menjadi kehitaman dan berwajah lebih buruk seperti babi. Jibril hampir pengsan menyaksikan kejadian tersebut, kerana sebelum ini Azazil (iblis) yang terbaik diantara malaikat dan indah kejadiannya. Setelah berubah rupa, rambutnya tinggal 7 helai, sayapnya malah makin buruk. 


Bagi iblis, dia merasakan lebih layak menjadi khalifah setelah lama beribadat 80,000 tahun dan dia juga pernah berkhidmat menjadi ketua malaikat memerangi bangsa jin yang membuat kerosakan di muka bumi. Tambahan pula Adam hanyalah makhluk lemah yang baru dicipta dari tanah yang tidak mengerti apa-apa. Mana mungkin Adam layak dijadikan sebagai khalifah di bumi.


Allah ingin mereka bertiga bertaubat dan kembali semula mentaati Allah. Sebelum Allah memberikan tawaran bertaubat, mereka terlebih dahulu di bawa menyaksikan keadaan neraka bagi yang ingkar kepada perintah Allah. Lalu Adam dan Hawa ketakutan dan terus mahu menerima tawaran bertaubat. Lalu di ajarkan Allah ayat bertaubat di bawah:


 رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ.


Keduanya berkata, “Ya Tuhan! kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan! gmemberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” ('Araf: 23)


Namun, iblis yang juga diberikan tawaran bertaubat, menolak hal itu biarpun ada perasaan takut setelah menyaksikan azab neraka. Sifat besar diri dan rasa lebih baik dari Adam lebih menguasai iblis berbanding takutkan azab Allah menyebabkan dia tidak menerima tawaran cara bertaubat. Saat itu pintu taubat buat iblis tertutup selamanya. Sejak dia tahu Allah murka padanya dan neraka kekal baginya, dia meminta dipanjangkan umur hingga kiamat. Dia memusuhi Adam dan keturunannya, berjanji akan menyesatkan manusia hingga berjaya di bawa sekali ke tempatnya neraka.


Ahmad Al-Makhfiy

Diperbarui
Tambahkan Komentar

Translate

Pengunjung