Tanya Jawab : Bolehkah istri mengambil haknya tanpa keizinan dari suami ?

   
Tanya Jawab : Bolehkah istri mengambil haknya tanpa keizinan dari suami ?

Tanya Jawab : Bolehkah istri mengambil haknya tanpa keizinan dari suami ?


Tanya Jawab : Bolehkah istri mengambil haknya tanpa keizinan dari suami ?


Soalan

Assalamualaikum wr. wb.

Saya ingin ajukan permasalahan bagi pihak rakan saya yang telah berkeluarga. Saya juga mohon maaf bagi pihak dia jika isunya ini membuat segelintir kita merasa kurang senang. Katanya, suaminya seseorang yang pelit, nafkahnya diabaikan, walaupun rakan saya ini bekerja tapi dia masih memerlukan kewangan atas sebab-sebab dia yang tertentu. Jadi, dia tanya saya, bolehkah dia mengambil haknya secara “paksaan” (mengambil haknya tanpa memberitahu/keizinan) dari pihak suaminya...? (mengenai pembelanjaan).


Maaf ya, saya pun dok pikir hari2 sebab segan nak ajukan soalan ini, tapi sebab kasihankan dia, saya cuba juga bantu sedaya yang boleh.


Jawapan

Waalaikumussalam wr. wb.

Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan yang menjadikan rumah tangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan samada dari pihak suami atau isteri. Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Maka akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum ayat 21.


وَمِنْ اٰيٰتِهٖٓ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْٓا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةًۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.


Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. 


Firman Allah SWT :

 وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِۚ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19)


Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.


Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.


Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini memang terdapat dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.


Menurut yang mengajukan soalan, rakannya juga bekerja dan mempunyai pendapatan. Cuma sang isteri masih memerlukan wang yang lebih untuk tujuan yang tertentu. Sekiranya tujuan untuk memerlukan wang lebih atas tujuan KEHENDAK atau KEINGINAN maka adalah tidak wajar melainkan untuk tujuan KEPERLUAN seperti membeli barangan dapur atau rumah. Maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah sang isteri tidak boleh mengambil hak secara paksa tanpa izin suami. Sekiranya sang isteri merasakan beliau tidak diberi nafkah sepertimana yang dianjurkan oleh syarak, maka sang isteri boleh mengadu kepada Qadhi di pejabat agama yang berhampiran. Sang isteri berhak mendapatkan keadilan melalui proses kaunseling yang akan diadakan oleh pihak majlis agama yang mana pihak pejabat agama akan mendatangkan Ahkamul Ahsan (HAKIM) untuk memutuskan keputusan yang terbaik dalam menyesuaikan permasalahan ini.


Diperbarui
Tambahkan Komentar

Translate

Pengunjung