Gambar hanya sebagai ilustrasi, dibuat menggunakan ai copilot |
1;21:00
TAUSIAH AHMAD
KESUKARAN AHMAD UNTUK MEYAKINI SOSOK YANG HADIR DI AWAL PERTEMUAN SEBAGAI NABI KHIDIR A.S
Kali pertama di datangi oleh sosok manusia yang besar dan tinggi amat mengejutkan Ahmad. Beliau beranggapan sosok yang sebegitu besar yang tiba-tiba muncul di hadapannya adalah jin. Kedatangan dan pemergian Khidr adalah sepantas kilat yang membuatkan Ahmad meyakini itu bukan manusia. Khidr a.s beberapa kali menyatakan bahawa dia adalah Nabi Khidr. Namun Ahmad tidak menerima kerana mustahil orang awam sepertinya akan didatangi oleh seorang nabi abadi. Bahkan pengetahuan Ahmad tentang kisah perjalanan hidup Khidr a.s tidak begitu luas. Sehingga beberapa kali pertemuan, berlaku hal diluar jangkaan. Ahmad mencapai apa saja dengan tangannya seperti batu, pasir dan lain-lain objek disekitarnya lalu membaling ke arah nabi Khidr a.s. Ada yang sempat di elak dan ada yang dapat disambut oleh Khidr a.s setiap objek yang dibaling oleh Ahmad.
Dalam masa yang sama Ahmad kerap membaca Ta'awuz memohon perlindungan dari Allah dari gangguan syaitan. Namun sosok itu kerap muncul dalam jeda waktu yang berlainan. Bahkan salam Khidr kepada Ahmad berjumlah ratusan kali tidak pernah dijawab oleh Ahmad. Hingga Ahmad mencabar Khidr a.s agar dirubah jantina kucing di rumahnya dari kucing betina manjadi jantan. Khidr a.s terdiam dan sebelum berlalu pergi, dia berkata "lihatlah perubahan jantina kepada kucingmu keesokan hari". Dan memang benar kucing Ahmad tersebut berubah jantinanya.
Baca Juga :
Semenjak kejadian itu Ahmad mula belajar menerima perkhabaran langit dari Khidr a.s. Di peringkat awal permulaan nabi Khidir menyampaikan khabar kepada Ahmad, sukar untuk Ahmad menerima. Bahkan Ahmad tidak berani menyebarkan isi perkhabaran pada awal pertemuan, terutama berkait dengan tauhid dan fekah. Beliau bimbang bercanggah dengan hukum dan dituduh sesat. Sehingga Ahmad terpaksa mencari dan mentala'ah rujukan kitab, dan bertanya kepada yang mengetahui, untuk mengelakkan hal yang sesat. Sehingga beberapa kali Ahmad berdebat dan berbincang dengan Khidr a.s setiap apa yang disampaikan. Contohnya soal anjing, tatkala Khidr a.s membawa anjing dan mengatakan ia tidak najis, Ahmad menolak hingga Ahmad bertemu dengan orang yang mengetahui hukum bahawa anjing tidak najis mengikut pendapat imam 4 mazhab. Setelah banyak diselidiki dan dirujuk dari pelbagai sumber, Ahmad yakin dan semenjak hari itu, Ahmad menyampaikan segala perkhabaran langit dari Nabi Khidr. Sekaligus mempelajari ilmu-ilmu langsung dari seorang nabi.
Ingatlah, wahai pembaca budiman, Khidr a.s bukanlah membawa syariat baru, bahkan beliau juga mahu menjadi sebahagian dari umat Muhammad di akhir zaman. Setiap perkhabaran itu adalah dari kehendak Allah melalui manusia pilihan Allah. Bertujuan untuk mengembalikan umat manusia kepada syariat Muhammad dan bertauhid tulus kepada Allah.