Gambar hanya sebagai ilustrasi, dibuat menggunakan ai copilot |
PUASA PUTIH DAN TAWASSUL
Ahmad Al-Makhfiy
Ibadah sunnah salah satunya adalah puasa 3 hari atau di sebut puasa putih. Jika kita laksanakan, niatkan lah untuk mengikuti sunnah Rasulullah. Puasa hari Putih adalah puasa yang sunat dilakukan pada setiap 13, 14, 15 untuk setiap bulan mengikut bulan Takwim Islam.
Disebalik ibadah puasa putih, terdapat kisah disebalik kejadian nabi Adam a.s. Awal kejadian nabi Adam kulitnya begitu gelap. Dek kerana bertahun berladang di bawah terik panas matahari setelah turun ke dunia. Baginda terlalu lama berpisah dengan Hawa lalu diperintahkan mencari isterinya. Baginda khuatir melihat dirinya yang makin gelap kerana pekerjaan duniawi, lalu memohon pada Allah dan mencari ikhtiar agar kulitnya cerah dan putih supaya dipandang indah buat isterinya.
Allah menyuruhnya berpuasa 3 hari pada hari putih. Lama kelamaan kulitnya bertukar lebih cerah.
Untuk mengambil kebaikan disebalik peristiwa ini, jika kita mahu berpuasa putih, bertawassul lah kepada nabi Adam dan Siti Hawa dengan menghadiahkan bacaan fatihah buat mereka berdua. Mudahan asbab keberkatan dari mereka kita juga dapat manfaat yang sama.
Kemudian niat lah berpuasa sunat tersebut demi mengikuti ajaran dari sunnah Rasulullah. Mudah-mudahan tetap diberi ganjaran pahala dan manfaatnya mendatangkan kesihatan serta diberi rupa paras yang lebih indah.
LAFAZ NIAT PUASA HARI PUTIH
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala