Gambar hanya sebagai ilustrasi, dibuat menggunakan ai copilot |
Pilih bahasa : Arabic | Turkish | English
Sabtu, 24 Ogos 2024 (convert audio)
Amaliah Yang Dapat Menyelamatkan Diri Dari Bencana Yang Akan Datang
Assalamualaikum wr. wb. Bismillah walhamdulillah, wassolatu wassalamu ala saidina Muhammadin abdillah, wa ala abihi wa ummihi wabashabihu Abu Bakr, wa Umar wa Osman wa Ali wassohabatinajmain.
Pada hari ini pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, saya Ahmad menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT bahawasanya pada hari ini saya nak bertolak, kemudian Nabi Khidr a.s mendatangi saya, dan beliau mengatakan, wahai Ahmad sungguh Allah SWT pada hari ini akan memperhatikan, awal bertolaknya kamu. Maka telah terjadi hujan yang cukup deras disertai dengan angin di dekat rumah saya. Beliau mengatakan bahawa dengan tanda adanya gegaran dekat kediaman saya, maknanya saya perlu bertolak pada hari ini. Dan Allah SWT mengatakan bahawasanya Safinatus Syariun, insyaallah atas kecintaan Nabi kita Muhammad Saw ke atas perahu Assyariun tidak ada satu pun semasa gegaran berlaku daripada ahli-ahli majlis yang ikhlas berbai'ah dengan ikhlas bersama-sama dalam Safinatus Syariun, tidak ada satu pun yang akan Allah gegarkan melainkan hanya gegaran yang kecil sahaja. Beliau menyatakan juga wahai Ahmad, bersungguh-sungguhlah untuk mengerjakan apa yang Allah perintahkan menanamkan tiga kayu dari mulai barat, tengah dan timur tanah jawa. Akan tetapi sungguh timur tanah airmu, adalah wilayah yang terdapat ahli majlis yang memiliki keikhlasan di tepi lautan Lombok. Kemudian beliau memberikan tiga batang kayu yang sedianya pada hari ini hingga beberapa hari ke depan. Saya diminta oleh beliau menanamkan kayu seperti yang diajar oleh beliau.
Wahai Ahmad, sungguh janganlah merasa khawatir dan takut, tidaklah Allah akan turunkan azab di atas tanah air kecuali Allah memindahkan kepada tempat-tempat yang tidak terlalu ramai pengikut Safinatus Syariun. Kemudian Nabi Khidr berpesan kepada yang memiliki ladang-ladang, hendaklah memikirkan untuk tidak menjadi membazir ladang-ladang yang mereka miliki. Sungguh Allah SWT melindungi dan menjaga hamba-hamba Allah yang sabar dan ikhlas menjalankan kewajiban atas diri mereka, diri anak-anak mereka dan memuliakan pasangan-pasangan mereka. Sungguh yang demikian itu adalah sifat dan sikap hamba-hamba Allah yang bertakwa kepada Allah dan mengikuti sunnah-sunnah Rassulullah Saw.
Wahai Ahmad, sesungguhnya 4 orang yang akan engkau jumpai dalam perjalanan, maka bebaskanlah mereka daripada hutang-hutang mereka. Allah akan datangkan dan diberikan petunjuk oleh Nabi Khidr a.s. kemudian Nabi Khidr membentangkan sorbannya, menunjukkan jalan-jalan yang harus saya lalui, sungguh bukanlah jalan yang mudah. Kemudian dia mengatakan wahai Ahmad, datangilah dan kunjungilah bersendirian, sesungguhnya Allah bersamamu dan janganlah takut tentang keadaanmu dan kesihatanmu. Tidaklah engkau merasakan bahawa kekhuatiran, rasa takut di tengah-tengah masyarakat, dengan adanya berita gegaran yang besar. Sungguh hanya Allahlah yang mampu dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu, yang lebih baik pertolongan dan perlindungannya, yang Maha Berkuasa dan Maha Adil dan juga Maha Bijaksana.
Nabi Khidr mengatakan, hendaklah dirimu memberitahu pengikutmu, agar tidak meninggalkan solat subuh dan tidak tidur setelah solat subuh hingga fajar. Hendaklah para pengikutmu melakukan qiamul lail dan zikrullah, di sepertiga malam. Sebaik-baik hamba adalah yang terjaga tidurnya di awal fajar sampai menjelang subuh tiba. Yang demikian itu lebih menyelamatkan diri mereka dari bala, musibah dan bencana, yang akan datang.
- Dan perbanyaklah zikrullah, dengan memohon ampun kepada Allah, mengagungkan Allah dan penuh dengan keikhlasan di dalam hati berharap ampunan dan pertolongan serta perlindungan Allah di sepertiga malam.
- Dan perbanyaklah di pagi hari selepas solat subuh, dengan membaca HASBIALLAH WANI'MAL WAKIL NI'MAL MAULA WANI'MANNASIR.
- Dan perbanyaklah selawat hingga 40 hari kehadapan. Yang demikian itu, Allah hendak memberikan ketenangan dan kedamaian ke atas bumi yang mereka pijak dan juga ke atas diri mereka.
Kemudian Nabi Khidr a.s mengatakan, wahai Ahmad bukankah Allah telah menerbitkan matahari dalam pandanganmu dan pandangan beberapa pengikutmu 3 dengan 3, membawa 5 dan 40 dihadapan. Sungguh Allah telah membentangkan jalan keberkahan. Hendaklah tiga tiga pengikutmu menjadi amanah, jujur dan adil. Serta menambahkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.
Hendaklah engkau menjadi akan dirimu lebih amanah, daripada para pengikutmu yang diberi amanah oleh Allah SWT. Menjadi pembuka jalan keberkahan kepada ladang-ladang, dan diri para pengikutmu yang ada di dalam Safinatus Syariun. Maka perhatikanlah mereka, cintailah mereka sebagaimana Rasulullah Saw mencintai mereka semua.
- Hendaklah para pengikutmu berkasih sayang sesama makhluk
- dan tidak lupa untuk selalu mengagungkan Allah di mana pun mereka berada,
- dan mengingat Allah di manapun mereka berada.
- Awalilah semua kegiatan dengan bismillah,
- dan akhirilah semua kegiatan dengan Alhamdulillah.
- Dan memohon ampunan kepada Allah dimalam hari. Yang demikian itu adalah sifat orang-orang yang bertakwa kepada Allah.
Dengan demikian, amaliah-amaliah ini, akan menjadikan Allah mengenali mereka semua. Dan bumi dan lautan pun, berlembut-lembut terhadap mereka semua. Wahai Ahmad, sesungguhnya setelah engkau meninggalkan kotamu, maka Allah SWT benar-benar menurunkan peringatan di atas kota dan negerimu. Sesungguhnya mereka tidak lain adalah orang-orang yang buta dan tuli telinga mereka terhadap kebenaran. Sungguh matahari menjadi panas terik selama beberapa hari ke hadapan selama perjalanan dirimu. Akan tetapi Allah melembutkan matahari di atas perahumu dan para pengikutmu. Hendaklah mereka tidak menjadi khawatir jika mereka benar-benar bertakwa kepada Allah dan bersabar di atas segala ketetapan Allah.
Wahai Ahmad, sungguh aku mendengarkan berita, bahawa Allah menguatkan daripada bangunan-bangunan rumah para pengikutmu yang setia dan ikhlas kerana Allah. Yang menjalankan kesabaran dan tidak membalas cacian dengan cacian, yang demikian itu adalah sifat orang-orang yang berakal, beriman dan bertakwa. Hendaklah dirimu dan para pengikutmu mendoakan mereka, semoga mereka diberikan ampun dan hidayah oleh Allah SWT.
Nabi Khidr berkata, bangkit dan bangunlah, dan berjalanlah. Sungguh dirimu bukanlah sedang menjalankan sesuatu akan tetapi dirimu menjalankan perintah Allah. Dan janganlah bersedih hati dan berkeluh kesah atas keadaan apa yang engkau terima pada hari ini. Perintah-perintah Allah akan banyak hikmah yang terdapat di dalamnya bagi dirimu dan para pengikutmu yang setia. Wahai Ahmad, maka hendaklah tiga-tiga tadi, betul-betul menjaga dirinya, lisannya, hatinya dan pandangan matanya dari kemaksiatan . Dan menjauhkan dirinya dari perbuatan-perbuatan yang dimurkai Allah SWT.
Yang demikian itu, akan mendatangkan keberkahan atas apa yang mereka sedang jalankan. Sungguh enam daripada pengikutmu, yang salah satunya telah engkau ketahui, dan menyapamu. Hendaklah dia bersabar dan mengikuti petunjuk-petunjuk yang akan Allah berikan pada mimpi-mimpi dia. Dan apa yang dia fikirkan, sungguh adalah kebaikan-kebaikan yang akan datang.
Wahai Ahmad katakanlah, bukankah telah nampak apa-apa yang engkau beritakan sebelum ikan nun itu datang. Ditepi lautan yang jauh di selatan negerimu, maka kedatangannya disertai dengan ikan-ikan yang naik ke daratan. Apakah mereka buta dan tuli diatas kejadian ini. Sungguh itu semua adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ke atas dunia dan ke atas negeri mu. Dan hendaklah para pengikutmu di dua negeri bersabar. Sungguh Allah tidak akan menurunkan azab yang besar di tanah Malaysia dan juga di tanah Indonesia, melainkan beberapa gegaran kecil sahaja. Jika dirimu betul-betul mampu menjalankan dan menanam kayu ini dengan baik, tanpa sesiapa pun yang melihat apa yang kamu kerjakan. Sungguh Allah lah yang maha berkuasa dan sebaik-baik penolong, pelindung dan penilai daripada amaliah manusia adalah Allah Azza Wa Jalla. Carilah penilaian dan juga carilah darjat di hadapan Allah, dan abaikan rasa sakit, terhadap hinaan-hinaan.
Sesungguhnya hinaan manusia kepada diri manusia yang beriman dan bertakwa, hanyalah menjadikan seorang yang bertakwa itu bersabar, naik kepada derajat yang soleh, derajat yang tinggi, dalam pandangan Allah. Sesungguhnya hinaan dan cacian mereka, hanyalah menjadi pembuka jalan keberkahan di atas perahumu dan juga pembuka keberkahan di atas dirimu dan para pengikutmu yang bersabar. Sungguh kesabaran akan mendatangkan keindahan kelak, ketika dirimu berhadapan dengan Allah dan Rasulnya, di yaumul qiyamah yakni yaumul mahsyar.
Wahai Ahmad, sampaikanlah berita ini hanya kepada para pengikutmu. Hendaklah para pengikutmu bersabar dan jangan menyebarkan khabar ini. Kecuali di dalam hati mereka ada sombongan. Sungguh Allah tidak menyukai kesombongan. Maka khabar yang engkau katakan, yang harus engkau ucapkan saat ini, hanyalah untuk para pengikutmu dan menenteramkan hati mereka supaya mereka istiqamah di atas jalan yang baik, jalan yang benar, jalan yang menuju ampunan dan redha Allah.
Wahai Ahmad, sampaikanlah salamku kepada pengikutmu, bahawa aku Balya bin Malkan. Telah duduk bersama salah seorang petinggi dalam masjid semasa solat jumaat kemarin. Sungguh aku mengetahui niat hatinya dan aku tidak menemukan keraguan di hati seseorang yang aku duduk bersamanya pada saf yang kelima. Agar supaya dia memperhatikan hati dan fikirannya tertuju hanya kepada perjuangan, membina kebaikan, membina keikhlasan, dan membina kebersamaan di dalam Safinatus Syariun dan apa-apa yang akan Allah berikan. Yakni berupa tanggungjawab yang besar terhadap syarikat-syarikat. Yang Insyaallah Allah redha dan mereka pun harus menjalankan amanah dengan baik, memperhatikan fakir miskin dan yatim piatu di atas perahumu dengan sebaik-baiknya.
Ahmad F. bin A. Alwi Syams